Dari Abu Amamah r.a berkata:
Telahdisebut disisi Rasulullah s.a.wdua oranglelaki. Pertama orang yang
abid (ahli ibadat) dan kedua orang yang alim. Maka
Rasulullahs.a.wbersabda: ³Kelebihan orang yang alimatas orang yang abid
seperti kelebihankuatas yang paling rendah daripadamu´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 2 ²Kehebatan Orang Yang Alim
‡Daripada Abdullah Bin Abbas r.a berkata:Telah bersabda Rasulullah s.a.w: ³Seorangyang alim itu lebih kuat pengaruhnya atassyaitan daripada seribu abid (yang tidak alim).
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah
Hadis 3 ²Ilmu Mengangat Martabat Manusia
‡Daripada
Abu Hurairah r.a berkata: Telah ditanya Rasulullah s.a.w:³Siapakah
orang yang paling mulia disisi Allah? Lalu Nabi s.a.w menjawab: ³Orang
yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling taqwa´.
Seterusnya mereka berkata lagi: bukan ini yangkami tanyakan! Lantas Nabi
menjawab pula: ³Kalau begitumungkin yang kamu maksudkan itu Nabi Yusuf
a.s keranaBaginda adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak kekasih
Allah´. Mereka berkata lagi: bukan ini yang kami tanyakan! TerusNabi
menjawab lagi: ³Apakah kamu bertanya tentang tokoh-tokohdari bangsa
Arab?´ Mereka menjawab: Ya! Lalu Bagindabersabda: ³Orang yangbaik pada
zaman jahiliyah dahulu, itulah juga orang-orangyang baik di zaman Islam
ini, apabila mereka alimdengan hal-hal agama´
Hadis 4 ²0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat
Daripada
Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telahbersabda Rasulullah s.a.w: ³Orang
yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika iadiperlukan maka ia
akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan
maka ia mencukupkan dirinyasendiri (tidak menyusahkan orang lain)´.
Hadis Riwayat Razain
Hadis 5 ²Macam-macam Jenis Ulama
‡Daripada
Anas r.a berkata: Bahawa Nabi s.a.w bersabda: ³Ulama itu ada tiga
jenis. Pertamaorang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan
ilmunya) dan masyarakat jugahidup dengan ilmunya. Kedua orang yang
alimyang masyarakat mengambil manafaat denganilmunya tetapi dia sendiri
membinasakandirinyanya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketigaorang alim
yang hidup dengan ilmunya(mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak
mengambil manafaat dengan ilmunya´.
Hadis Riwayat Dailami
Hadis 6 ²Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
‡Daripada
Abu Darda¶ r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
³Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmubererti ia telah menjalani
suatu jalan daripada jalan-jalansyurga. Sungguhnya para malaikat
menghamparkansayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu.
Dansesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit danbumi meminta
ampun bagi orang yang alim sehingga ikanyang ada dilaut. Dan
sesungguhnya kelebihan orang yangalim atas orang yang abid seperti
kelebihan bulan purnamaatas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya
ulama¶ itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak
mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang
diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Makabarangsiapa mengambil ilmu
bererti ia telahmengambil habuan yang paling sempurna´.
Hadis Riwaat Abu Daud
Hadis 7 ²Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan
‡Dari
Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ³ Tuntutlah ilmuwalaupun ke negeri
cina, kerana menuntut ilmu itu wajibatas setiap orang Islam. Dan
sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu
keranaredha dengan apa yang mereka tuntut´.
Hadis Riwayat Al Bara
‡Dari
Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ³Menuntut ilmu ituwajib atas
setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkanilmu itu disisi orang yang
tidak ahlinya seperti memberikanrantai permata, mutiara dan emas ke
leher babi´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 8 ²0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah
‡Daripada
Abu Hurairah r.a berkata: Telahbersabda Rasulullah s.a.w:
³Barangsiapayang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah tentu
Allah menjadikannyaseorang yang mengerti dengan hal-hal agama´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 9 ²Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid
‡Daripada Anas r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 10 ²Pelajar Agama Diampun Dosanya
‡Daripada Sakhbarah r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa mencari ilmumaka yang demikian itu akan menghapuskandosa-dosanya yang lalu´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 11 ²Pelajar Agama Dijamin Rezekinya
‡Daripada Ziyad Bin Al-Harith berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³Barangsiapamencari ilmu maka Allah Taala menjaminuntuk mencukupkan rezekinya´.
Hadis Riwayat Al Khotib
Hadis 12 ²Carilah Ilmu Sebelum Ia Dipertikaikan
‡Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³Carilah ilmusebelum lahir orang-orang yang sukamempertikaikan nilai-nilai agama´.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 13 ²Carilah Ilmu Sebelum Ia Hilang
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Belajarlah ilmu fardu aindan al-Quran, dan ajarkanlah akan dia kepadaorang lain, kerana aku akan meninggal dunia´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 14 ²Kelebihan Mempelajari Al Quran
‡Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran danmengajarkannya kepada orang lain´.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 15 ²Orang Alim Itu Tawadhuk
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda : ³Tuntutlah ilmudengan bersungguh-sungguh, dan tentutelah bersama ilmu itu akan ketenteramandan kewibawaan. Dan hendaklah kamubersifat tawadhuk bagi guru yang kamubelajar kepadanya´.
Hadis Riwayat At Tabrani
Hadis 16 ²Kesudahan Pencari Ilmu
‡Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³Orang yangberilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmuyang didengarinya sehingga adalahkesudahannya itu di dalam syurga´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 17 ²Ilmu Dan Amal Di Syurga
‡Daripada
Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: ³Orang yang alim, ilmu dan
amal itu ketiga-tiganya itu di dalam syurga. Danapabila orang alim
tidak mengamalkanilmunya maka ilmu dan amal itu tetap di dalam syurga,
sedang si alim itu akandimasukkan ke dalam neraka´.
Hadis Riwayat Al Dailami
Hadis 18 ²Hikmah Idaman Orang Beriman
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³Perkataan hikmah itu adalahidaman orang-orang yang beriman. Makamana sahaja ia menemukannya maka pasti iaakan mengambilnya´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 19 ²Hakikat Ilmu
‡Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalahsesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertamaayat yang jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan (amalkan). Ketiga kewajipanyang adil´.
Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 20 ²Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu
‡Daripada
Abu Waqid Al Laithi r.a berkata: Ketika Nabi s.a.w sedang duduk
(bersama2 sahabatnya dalam majlis ilmu) di dalam masjid, tiba-tiba
datang tiga orang. Dua orang terusmenyertai majlis Nabi s.a.w. orang
yang pertama ia melihat adatempat yang kosong di tengah2 halaqah, maka
ia pun terusduduk di sana. Orang yang kedua hanya duduk di
belakangmajlis. Adapun orang yang ketiga (kerana ia melihat orangramai
maka ia rasa malu masuk ke majlis ilmu itu) maka terusia pergi ke tempat
lain. Maka setelah selesai Nabi s.a.w daripada percakapannya lalu
Baginda bersabda: ³Hendakkahkamu aku beritahu tentang tiga orang yang
baru datang tadi? Yang pertama ia bersungguh mencari ilmu maka
Allahmemberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia merasa malu(tidak
bersungguh2) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberi ilmu yang
baik). Adapun yang ketiga maka iaberpalingdari Allah maka Allah pun
berpaling jugadaripadana´.
Hadis 21 ²Jangan Menyembunyikan Ilmu
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³Barangsiapaditanya tentang suatu ilmu lalu iamenyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekangdaripada api neraka´.
Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi
Hadis 22 ²Jadikan Diri Sebagai Pintu Hidayah
‡Daripada
Sahal Bin Saad r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³Demi Allah,
bahawamemberi petunjuk oleh Allah akan seorangdengan sebab engkau, maka
itu lebih baik daripada unta yang merah (sejenis kenderaanyang paling
mahal pada zaman dahulu)´.
Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 23 ²Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru
‡Daripada
Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering datang menemui Abi Said Al
Khudri r.a,lalu beliau berkata: Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w,
kerana sesungguhnyaRasulullah s.a.w bersabda bagi kami:³Sesungguhnya
umat manusia akan datangmengikuti kamu. Dan sesungguhnya orangramai akan
datang menemui kamu dari seluruhdunia. Mereka datang untuk belajar ilmu
agamadaripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang,maka wasiat ku pada
kamu hendaklah kamumelayani mereka dengan baik´.
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah
Hadis 24 ²Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu
‡Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Makahendaklah kamu sering bertanya semoga kamudiberi rahmat oleh Allah Taala. Makasesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yangbertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketigaorang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka´.
Hadis Riwayat Abu Naim
Hadis 25 ²Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan
‡Daripada
Sahal Bin Said r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³kebaikan
itulaksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untungsekali bagi seseorang hamba yang telahdijadikan
Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan.
Dancelaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan,
penutup bagi kebaikan´.
Hadis Riwaat Ibnu Maah
Hadis 26 ²Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian
‡Daripada
Yazid Bin Salmah r.a berkata: Akuberkata kepada Rasulullah s.a.w:
bahawa akusangat banyak mendengar hadis daripadaengkau, dan aku takut
bahawa yangkemudiannya melupakan yang pertamanya.Maka beritahukan
kepadaku wahai Rasulullahdengan satu kalimat yang ringkas sekali,sebagai
kesimpulan daripada segala yang akudengar. Maka Rasulullah s.a.w
bersabsa:³Bertaqwalah engkau kepada Allah pada barangyang engkau
ketahui.
Hadis Riwaat Ibnu Maah
Hadis 27 ²Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan Pendengarnya
‡Daripada
Sahal Bin Said r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³Kebaikan
itulaksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untungsekali bagi seseorang hamba yang telahdijadikan
Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan.
Dancelaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan,
penutup bagi kebaikan´.
Hadis Riwaat Ibnu Maah
Hadis 28 ²Semua Penuntut Pasti Untung
‡Daripada
Wasilah Bin Asqoq r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³
Barangsiapamencari ilmu lalu ia mendapatkannya makabaginya dapat dua
pahala. Dan barangsiapamencari ilmu tetapi ia tidak mendapatkannyamaka
baginya dapat satu pahala ´.
Hadis Riwayat Al Darami
Hadis 29 ²Kelebihan Mengajar Ilmu
‡Daripada
Ibnu Mas¶ud r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Semoga Allah
memberikankebaikan dan keindahan akan seorang yangmendengar daripada
kami sesuatu lalu iamenyampaikannya kepada orang lain. Makabarang kali
orang yang mendengar itu lebihmengambil manafaat daripada orang
yangmenyampaikannya ´.
Hadis Riwayat At Atirmizi
Hadis 30 ²Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit
‡Daripada
Abdullah Bin Umar berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Sampaikanlah apa
yang kamudengar daripadaku walaupun hanya satu ayat.Dan sampaikan
daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil, maka tidak mengapa
yangdemikian itu. Dan barangsiapa secara sengajaberbohong atas namaku
maka hendaklah iamenyediakan dirinya masuk dalam api neraka ´.
Hadis Riwayat Bukhari, At Atirmizi
Hadis 31 ²Ambil Berkat Rasulullah dan Ulama•
‡Daripada Mahmud Bin Rabiq r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³ Saya masih ingat ketika Rasulullah s.a.w menyembur (menghembuskan air) ke muka saya dari sebuahtimba daripada air telaga yang ada di kawasanrumah kami, dan saya ketika itu baru berumur lima tahun ´.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim
Hadis 32 ²Hati-hati Bila Menyampaikan Ilmu
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: ³ Aku telahingat daripada Rasulullah s.a.w dua jenis ilmu. Adapun yang pertama maka telah aku sebarkankepada kamu semua ( para tabi¶in). Adapunyang satu lagi, seandainya aku sampaikankepada kamu nescaya akan dipotong leherku ini ´.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 33 ²Semua Sabda Nabi Adalah Benar
‡Daripada
Abdullah Bin Umar r.a berkata: Adalah aku menulissegala sesuatu yang
aku dengar daripada Rasulullah s.a.w,lalu orang2 Quraish melarang aku
daripada yang demikianitu dan merika berkata: Apakah engkau menulis
segalasesuatu yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w, sedangkanbeliau
adalah seorang manusia biasa yang bercakap2 dalamkeadaan redha dan
marah. Maka aku berhenti daripadamenulis segala perkataan Rasulullah
s.a.w yang aku dengar,sampai suatu masa maka aku menyebutkan yang
demikianitu bagi Rasulullah s.a.w. Maka Baginda bersabda:
³Tulislaholehmuapa2 yang aku katakan. Maka demi Tuhan yangdiriku di
dalam kekuasaannya, tiada keluar daripada mulutku ini kecuali perkataan
yang benar´.
Hadis 34 ²Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya
‡Daripada
Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar
telah datangmengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w. Iaberkata: Wahai
Rasulullah! Aku sungguhnya telahmendengar perkataanmu dan aku sangat
kagumdan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menhafaznya.
Maka apa yang perlu akulakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: ³Hendaklahengkau
menggunakan tangan kananmu´. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis
apa yang iadengarkan´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 35 ²Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang Kurang Pandai
‡Daripada
Abu Hurairah r.a berkata: Telahberkhutbah Rasulullah s.a.w akan
suatukhutbah. Lalu Abu Hurairah menyebutkanbahawa Rasulullah s.a.w
menyebutkan di dalamkhutbahnya itu satu kisah yang panjang. Dan pada
akhir hadis itu disebut bahawa Abu Syahberkata bagi Rasulullah. Wahai
Rasulullah! Tolong tuliskan untuk ku isi khutbah tadi. MakaRasulullah
s.a.w bersabda: ³Tolong tuliskanuntuk Abu Syah´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 36 ²Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas Ilmunya
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Tiada adadari keseluruhan sahabat Rasulullah s.a.w orangyang paling banyak meriwayatkan hadis lebihdaripada aku, kecuali Abdullah Bin Umar, makadia lebih banyak daripada aku, kerana diamenulis dan aku tidak menulis.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 37 ²Apabila Ulama• Dimatikan Allah
‡Daripada
Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³sungguhnya
Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus
daripada manusia, tetapi Allah Taala akanmenghilangkan ilmu dengan
mematikan paraulama¶. Sehingga apabila sudah tiada para ulama¶,manusia
akan melantik pemimpin mereka daripadakalangan orang-orang yang jahil,
lalu mereka akanditanya hukum sesuatu masalah, maka merekamenjawab atau
berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Maka mereka sesat dan menyesatkan orang
lain´.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi
Hadis 38 ²Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia Diangkat
‡Daripada
Abu Amamah r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Tuntutlah ilmu
sebelum iadicabut. Dan maksud ilmu itu dicabut ialahdiangkat dari
permukaan bumi ini. Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan menggambarkan
jari tangan telunjuknya sambil bersabda: orangyang alim dan orang yang
belajar ilmu itubersama-sama dalam mendapatkan pahala. Danorang yang
lain dari mereka berdua sudah tidak ada apa-apa kebaikan´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 39 ²Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah Diangkat
‡Daripada
Abu Darda¶ r.a berkata: Pada suatu masa kami bersama Rasulullah.
Lalubaginda mengangkatkan pandangan ke arah langit, kemudian Baginda
bersabda:Inilah masanya ilmu itu dicabut daripada manusia sehingga
mereka sudah tidak dapat lagi untuk menahannya. Maka berkata Zaid Bin
Labid Al Ansari r.a:Bagaimana ilmu itu dicabut daripada manusia
sedangkan kami masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami akan sentiasa
membaca Al Quran dan mengajarkannyakepada anak2 kami dan isteri2 kami.
Lalu Baginda bersabda: Celakalah ibumu(kerana kehilangan kamu) wahai
Zaid! Aku sebenarnya menganggap engkau dari kalangan ulama¶ di negeri
Madinah ini. Cuba lihat! Ini kitab Taurat yang ada di kalangan orang2
Yahudi. Dan ini kitab Injil yang ada di kalangan orang2 Nasrani. Apakah
kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi faedah kepadamereka?
Berkata Jabir r.a: lalu aku datang menemui Ubadah Bin Shomit r.a danaku
berkata kepadanya: apakah engkau pernah mendengar apa yang
diriwayatkanoleh Abu Darda¶ seperti yang tersebut pada hadis tadi? Maka
Ubadah berkata:benar apa yang dikatakan oleh Abu Darda¶ itu. Dan kalau
engkau mahu maka akuakan ceritakan kepadamu akan ilmu yang pertama
sekali diangkat dari manusia! Ilmu yang pertama sekali diangkat dari
manusia itu ialah khusyuk (dalam solat).Barangkali engkau masuk ke dalam
sebuah masjid yang besar maka engkautidak mendapati dari sekian banyak
orang yang hadir di dalam itu akanseorang lelaki yang khusyuk dalam
sembahyangnya´.
Hadis 40 ²Ikhlas Dalam Mencari Ilmu
‡Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Barangsiapa mencari ilmuuntuk menandingi para ulama¶ ataumengalahkan orang2 yang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya,maka orang ini akan dimasukkan Allah ke dalamapi neraka ´.
Hadis Riwayat Tirmizi
Hadis 41 ²Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik
‡Daripada
Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³ Sebaik-baik sedekah
itu bahawamuslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian diamengajarkannya
akan saudaranya yang muslim´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 42 ²Pahala Yang Berterusan
‡Daripada
Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³ Apabila mati seorang
anak Adammaka terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga
sumber. Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi manafaat.Ketiga
anak yang soleh yang mendoakanbaginya ´.