1. Sentiasa berkomunikasi dengan anak – anak anda
2. Disiplinkan anak anda dengan peraturan
3. Makan bersama – sama
4. Beri hadiah pada mereka
5. Rancang aktiviti bersama – sama dengan anak anda
Anak – anak yang masuk umur baligh, biasanya akan mula menjarakkan diri dari
anda. Ini kerana, mereka merasakan mereka sudah dewasa dan tidak perlukan anda
sebagai teman mereka. Mereka mahu membuat keputusan sendiri dan tidak mahu
campur tangan dari anda. Jangan benarkan perkara ini dari berlaku, anda
perlu sentiasa berkomunikasi pada mereka.
Tingkatkan cara anda berkomunikasi dengan mereka supaya mereka selesa dengan
anda. Jangan anggap mereka masih kecil tetapi anggap mereka sudah pandai
menjaga diri dan anda hanya berkomunikasi untuk membimbing mereka memilih jalan
yang betul.
2. Disiplinkan anak anda dengan peraturan
Tetapkan peraturan untuk anak – anak patuh pada anda. Contohnya tidak boleh
keluar malam, tidak boleh keluar tanpa pengetahuan anda, tidak boleh berjaga
malam dan sebagainya. Peraturan yang anda wujudkan perlulah selari dengan
perkembangan minda mereka. Peraturan perlu ada supaya mereka hormat anda
sebagai orang tua mereka.
3. Makan bersama – sama
Dalam sehari, anda perlu makan bersama – sama dengan seluruh ahli keluarga.
Anak – anak akan lebih rapat dengan anda jika mereka selalu melihat anda ketika
anda makan. Ketika ini, anda boleh ambil tahu perkembangan terbaru yang terjadi
pada mereka.
4. Beri hadiah pada mereka
Jika anak anda berjaya memajukan dirinya sendiri, berilah dia hadiah
walaupun kecil atau sedikit. Hadiah akan membuatkan hati anak cair dan
mendengar apa yang anda cadangkan untuk mereka.
5. Rancang aktiviti bersama – sama dengan anak anda
Anda boleh rancang aktiviti keluarga bersama – sama dengan anak – anak anda.
Antaranya menonton wayang, berbasikal, melancong, menonton konsert dan
sebagainya.